Trimass Datang Budak Comel
Randomly Laughing Because You Are Remembered Something Funny

10/12/2011

Gerhana Bulan

dicoret oleh alinsha
 Salam, hari ini akan berlaku lagi untuk kali keduanya kejadian Fenomena Gerhana Bulan Penuh 10.12.2011 pada sekitar pukul 10.05 malam sehingga 10.57 malam, ianya berlangsung lebih kurang selama 48 minit. terdahulu pada pertama kali fenomena ini pada tahun ini berlaku iaitu pada 16.6.2011 pada pukul 1.25 pagi sehingga pukul 6.59 pagi.




Yang pastinya saya tidak akan melepaskan peluang ini untuk menyaksikan sendiri fenomena kejadian alam ciptaan Yang Maha Esa. Disamping itu kita sebagai umat islam disunatkan untuk menunaikan solat sunat khusuf iaitu solat sunat gerhana bulan secara berjemaah bersama khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh seperti yang dijangka.

Klik bawah untuk maklumat lanjut

Gerhana Bulan Penuh dan Solat Sunat Khusuf
Cara mengerjakan Solat Sunat Khusuf -> Klik SINI.

Umat islam juga digalakan mengerjakan ibadat tersebut berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim yang antara lain menegaskan supaya mendirikan solat dan berdoa apabila melihat gerhana.

Fenomena Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro :

Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.

Waktu di atas merupakan waktu tempatan Malaysia. Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timurMalaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

0 00 Pengomen Terhebat:

Hyyeee :)

 

SI GADIS YANG BERBICARA :) Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting