Trimass Datang Budak Comel
Randomly Laughing Because You Are Remembered Something Funny

30/07/2011

Apa dan kenapa ramadhan ???

dicoret oleh alinsha
Apa dan kenapa ramadhan ???

Ramadhan adalah satu hadiah,anugerah dan pemberian dari Tuhan semesta alam kepada hamba-hambanya.

Bulan Ramadhan menjelma lagi. Syukur Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam ketikamana bulan yang mulia ini tiba pada waktunya, masih berpeluang lagi kita menjalani ibadah puasa dan membolot sebanyak-banyaknya pahala dan keredhaan dari Ilahi sempena bulan mulia ini.
Seluruh dunia kini sedang menjalani ibadah puasa demi menyempurnakan salah satu dari rukun Islam yang lima. Puasa amat di tuntut dalam Islam untuk menjaga nafsu dan menjaga kesihatan badan. Puasa diakui mempunyai kelebihan oleh pakar-pakar sains seluruh dunia.

“ Wahai orang-orang yang beriman,kamu di wajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu dari kamu, supaya kamu bertaqwa” suratul baqarah:183

Bulan Ramadhan jua diturunkan al-Quran ke Langit dunia dari Baitul I’zzah pada lailatul qadar secara sekaligus sebelum malaikat Jibril menghantar al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W. beransur-ansur.

”Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran ,
menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi
keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk” suratul baqarah:185

“Sesungguhnya Kami telah turunkan (al-Quran) ini
pada malam lailatul Qadar.” Suratul qadr:1

Ramadhan telah di bahagikan kepada 3 bahagian oleh Rasullullah S.A.W. iaitu yang di awalnya rahmat,di tengahnya keampunan dan di akhirnya terlepas dari api neraka.

Bulan Ramadhan juga diberikan peluang agar kita mencari sebanyak-banyaknya pahala. Ini terbukti apabila Allah taala memberikan malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu Lailatul Qadar.

“ Sesungguhnya Kami telah turunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadr ? Malam Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan . Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka,kerana membawa segala perkara (yang ditakdir berlakunya pada tahun yang berikut) . sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. Suratul qadr:1-5

Al-quran adalah bukti dan penunjuk jalan kehidupan di dunia yang telah diturunkan oleh Allah kepada pesuruh dan kekasihNya Muhammad S.A.W.

“Telahku tinggalkan 2 perkara dimana jika kamu mengikutnya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya iaitu al-Quran dan Sunnah” – hadith

Semoga kita semua menjadi hamba yang bertaqwa dan mengikut segala arahanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Akhir kata dari penulis
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN !!!

Rujukan :
Tafsir pimpinan ar-Rahman
Mabahith fi ulumul Quran karangan Manna’ Qattan
copy drpd http://infozairi.blogspot.com 

0 00 Pengomen Terhebat:

Hyyeee :)

 

SI GADIS YANG BERBICARA :) Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting