Trimass Datang Budak Comel
Randomly Laughing Because You Are Remembered Something Funny

31/03/2012

Tips Nak Bangun Awal Pagi

dicoret oleh alinsha
Holloo bloggers ku sayang ♥ Selamat pagi semuanya.. Ada yang tak bangun lagi ke tu ?? Roomate ke housemate ke Adik ke Abang ke Hubby ke sapa-sapa la... Haa pergi kejut diaorang.. Cepat cepat cepat...


MACAM MANA NAK BANGUN AWAL PAGI !

Aleen rasa ramai kat luar tu, yang agak susah nak bangun pagi termasuklah tuan empunya diri yang tulis ni.. so mari la kita sama-sama kongsi maklumat macam mana la nak bangun awal-awal pagi especially time subuh. 

 bangun bangun da mata bulat. hee~

ok mari kita mulakan tips kita dengan bismillah ☺

TIPS SATU 
  • Sebelum tidur, anda kena mind set kat diri anda pukul berapa anda nak bangun.. Contoh, "besok, aku nak bangun pukul 6 pagi, aku taknak subuh gajah ke zirafah lagi".. Masa kena spesifik la pukul berapa. Jangan cakap nak bangun pagi je. Pukul 8 pun pagi jugak kan. OK ?
TIPS DUA
  • Pastikan anda set jam anda pada pukul berapa anda nak bangun. Dan paling bagus, anda set jam semua yang ada dalam rumah anda termasuklah handset anda, jam dinding rumah, jam loceng kawan, hanset family anda/rakan anda, jam tangan mereka. Haa nanti konfem kalau bising-bising, diaorang akan kejut anda ☺
TIPS TIGA
  • Elakkan tidur lewat. Kalau bagus tidur la sebelum pukul 12. Kalau anda dah nampak jam 11.59 malam, terus anda siap-siap nak tidur dah k. Bila anda tidur awal, jadi anda lebih mudah untuk bangun pagi sebab anda dah tidur dengan cukup. Kalau dah, tak boleh elak tidur lewat, takpe la
TIPS EMPAT
  •  Buat reminder kat semua tempat supaya kejutkan anda awal pagi. Letak je notis dekat bilik air, depan pintu bilik, kat peti ais, pintu depan, kat suis lampu dan mana-mana korang rasa sesuai. Jadi kalau ada orang yang bangun awal dari anda, akan kejut anda
TIPS LIMA 
  • Tips paling berkesan, pastikan anda beli alat elektronik yang akan simbah air kat anda kalau dah cukup waktu anda tidur. Paling berkesan dengan semua orang ni. 
TIPS ENAM
  • Tips paling penting ialah niat. Korang mestilah ada niat untuk bangun awal dan memulakan hari dengan bismillah. Pastikan korang berwuduk sebelum tidur dan tidurlah ikut sunnah Rasulullah ☺
Itu aje.. Terima kasih.. Ada tambahan ? Boleh aleen tambah kan ☺

0 00 Pengomen Terhebat:

Hyyeee :)

 

SI GADIS YANG BERBICARA :) Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting