Trimass Datang Budak Comel
Randomly Laughing Because You Are Remembered Something Funny

07/08/2011

Tips Elak Tidur Dalam Kelas

dicoret oleh alinsha
Salam bloggers... Hari ni saya nak ajar macam mana nak elak tidur dalam kelas...Heee macam cikgu la pulak.. dengar ye murid-murid sekalian..



Ok... Tips yang pertama adalah..
  • Jadi orang gila dalam kelas. Ok cara dia senang sahaja. Bila korang rasa mengantuk je, bangun dan berdiri atas meja atau kerusi. Lepas tu, buat la tarian poco-poco ke hugga ke.. Kalau ada music lagi cantik la tu ..Heee
Tips kedua..
  •  Amalkan budaya mengangkat tangan sekurang-kurangnya 5 minit sekali.. Kalau pensyarah/ cikgu tu cakap macam ni "Ada apa-apa ke nak tanya ?", jawab macam ni.."Takde la saya saja je angkat tangan..Sengal  badan je"..jangan lupa untuk buat muka poyo anda
Tips ketiga...
  • Pastikan anda bawak kertas A4 yang tak digunakan.. Dan kalau rasa mengantuk je, buat kapal terbang kertas, pastu terbangkannya dalam kelas.. Mesti tak mengantuk punya.. Lagi bagus kalau tujukan kepada pensyarah/cikgu
Tips keeempat..
  • Yang ni baik sikit la.... Makan makanan yang basi atau sudah expired seeloknya sebelum kelas.. Kemudian mesti sakit perut punya.. Haa konfem la tak mengantok kan kan kan..
Tips terakhir
  • Ni tips paling ok.. Balas la surat dengan rakan sekelas anda. Pastikan anda merepek meraban dengan dia. Hantar surat layang pun digalakkan..Hahaha
Sudah siap.. Hehe AMARAN PIHAK BERKUASA : SILA JANGAN CONTOHI !

Sumber : http://miszfarasakura.blogspot.com/

0 00 Pengomen Terhebat:

Hyyeee :)

 

SI GADIS YANG BERBICARA :) Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting